Kesan Bahaya Kerap Makan Ubat Panadol




 Kesan bahaya jika kerap makan ubat panadol terhadap diri kerana boleh menyebabkan penyakit buah pinggang, hilang deria pendengaran dan sebagainya jika pemakanan kerap dilakukan.

 Tak kira lah apa jenis Panadol seperti active fast ke?Panadol 650 ke? Panadol 500 ke ? Panadol Extra ke ? semuanya sama saja. Setiap panadol ada campuran bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan.

 Jika rasa pening kepala atau batuk lebih baik minum madu ataupun minum air kelapa. Sebab organik tiada bahan kimia.
 


 Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang Pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
  


 Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan, dan ini adalah satu kesan yang buruk dalam diri kita yang akan menyebabkan kematian dalam diri tanpa kita sedari.


 Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
 Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3