5 Kebaikkan Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur





 Ramai yang tidak tahu betapa pentingnya khasiat air putih dalam tubuh badan ni, ramai yang tahu air putih itu hanya untuk mencuci, untuk mandi dan hanya di minum begitu saja. Sebenarnya air putih ini mempunyai banyak khasiat dalam tubuh badan, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan kepada tubuh.

 Waktu yang sangat baik untuk minum air putih ini adalah waktu pagi setelah bangun dari tidur.

Antara bebaikkan minum air putih selepas bangun dari tidur :


1. Keseimbangan dalam sistem buah pinggang.

 Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangan cairan dan dapat mencegah jangkitan.


2. Kulit lebih berseri.

 Meminum air putih boleh menyingkirkan racun didalam tubuh badan kita , seterusnya dapat membantu menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia juga dapat membantu membersihkan racun dalam darah.

3. Langsingkan tubuh badan.

 Cuba minum dua gelas air setiap kali bangun dari tidur sebaiknya waktu pagi. Amalkan setiap hari ini boleh menigkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4. Tambah darah.

 Ketika berasa lesu, pening dan amemia, minumlah air putih dengan jumlah yang mencukupi, tidak baik terus minum air yang bergas atau air yang manis. Ia dapat membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otak.

5.Membersihkan bahagian usus.

 Minum air ketika perut kosong, ini juga dapat membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutriasi makanan yang masuk kemudiannya.


Amalkan minum air putih ini untuk kebaikkan tubuh badan kita dan untuk kesihatan kita .
5 Kebaikkan Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur 5 Kebaikkan Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur Reviewed by Duan Wan on September 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.