5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Dari Wajah Dengan Mudah




 Tak kira lelaki atau perempuan jerawat ni tetap akan datang dan selalunya muncul dibahagian muka. Pelbagai cara atau petua yang boleh menghilangkan jerawat ni . Namun ada sesetengah muka tu ada kesan parut, ini dinamakan parut jerawat.


 5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Pada Wajah


1. Asam Jawa


 Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. jangan terlalu cair. Sapukan perlahan-lahan pada bahagian muka dan biarkan ia kering. Sebaiknya guna pada waktu malam ketika ingin tidur. InsyaAllah Parut akan pudar.


2. Madu


 Ambil sedikit madu, campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.


3. Timun


 Kisarkan timun yang sudah dikupas kulitnya dan tapis airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.


4. Daun Sirih Muda
 
 Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. letakkan pada muka terutamanya pada kesan parut jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Sentiasa amalkan paling kurang 3 kali seminggu.

 
5. Daun Senduduk

 Rendam bebeapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.


Semoga petua ini dapat membantu kepada yang bermasalah.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3