Punca Pelajar Cerdik 18A Peluk Dan Cium Pipi Sultan Johor




 Batu Pahat - Seorang gadis yang pernah cemerlang sijil pelajaran ( SPM ) terpakasa ditahan oleh pihak polis keran cuba cium pipi Sultan Johor ketika program Kembara Mahkota Johor 2017.

 Kejadian yang tidak dijangka itu telah berlaku ketika Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang bersalaman dengan orang ramai di hadapan Restoran Marrybrown, Jalan Medan Putra, Taman Medan Putra, Air Hitam.

 Kami difahamkan, kejadian bermula apabila suspek iaitu Nadiah Amirah Jamil dari Sungai Tongkang Tambak, Rengit, di sini memeluk bahu kanan sebelum mencium pipi kanan baginda pada waktu itu.

 Ini telah menyebabkan tiga anggota polis kemudian bertindak menahan gadis yang berusia 28 tahun itu namun dia enggan meberi kerjasama dan berlaku sedikit pergelutan mengakibatkan kecederaan kecil berlaku  dibahagian bibir suspek.

 Wanita itu turut bising malah mewujudkan suasan tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung.

 Berdasarkan daripada siasatan awal pihak polis, Nadiah tidak mempunyai barang atau senjata yang membahayakan bahkan semakan ke atas latar belakang dirinya juga mendapati dia tidak pernah memiliki rekod jenayah sebelum ini.



 Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati bahawa dia pernah mengalami emosi sejak tahun 2007 kerana gagal mendapat keputusan 19A dalam peperiksaan SPM lalu, sebalinya hanya mampu mendapat 18A 1B.




 Suspek juga pernah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Islam Darul Syifa' Johor Pada setember 2011 dan seorang ustaz yang merawatnya menyatakan bahawa Nadiah juga berkemungkinan mengalami gangguan sihir.

 Pihak polis telah membuat rakaman percakapan keluarga dan mereka turut menyatakan bahawa Nadiah ada masalah gangguan emosi hingga pernah menyatakan mahu mengawini Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

 Kes yang kini tular menerusi media sosial dirujuk sebagai berkelakuan kurang sopan terhadap Sultan Johor dan siasatan terperinci masih lagi dijalankan pihak Ibu pejabat Polis Daerah Batu Pha
Punca Pelajar Cerdik 18A Peluk Dan Cium Pipi Sultan Johor Punca Pelajar Cerdik 18A Peluk Dan Cium Pipi Sultan Johor Reviewed by Duan Wan on September 14, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.