Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan



Minyak enjin atau minyak pelincir adalah salah satu keperluan yang penting dalam sebuah kenderaan. Kepentingan minyak enjin adalah kenderaan adalah agar enjin pada kenderaan dalam keadaan baik dan tidak akan membuatkan enjin cepat panas serta membuatkan komponen-komponen dalam enjin sentiasa lancar.

Pasti ramai dikalangan kita yang tidak tahu bahawa adanya minyak enjin tiruan yang digunakan oleh syarikat-syarikat ataupun bengkel-bengkel kecil. Kebanyakkan pengguna kenderaan hanya tahu membawa kenderaan ke bengkel untuk diservice agar pergerakan atau perjalanan kenderaan menjadi ringan dan baik.

Disini kami ingin kongsikan beberapa cara untuk mengesan minyak enjin tiruan atau dikenali sebagai minyak pelincir tiruan.


Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan


Untuk pengetahuan umu, minyak pelincir tidak mampu untuk menyerap haba yang dihasilkan dan disebabkan itu juga enjin kenderaan akan menjadi panas. Geseran menjadi kasar dan haus serta akhirnya menyebabkan suhu panas yang melampau pada enjin.

Penggunaan minyak enjin tiruan ini boleh menjhanamkan kenderaan anda. Kesimpulan dari pakar automobil terhadap pengunaan minyak enjin tiruan yang dikesan adalah tidak mampu atau tidak mempunyai daya untuk merendahkan suhu pada enjin.

1. Sebelum membeli atau menggunakan minyak enjin bagi jenama Castrol, perhatikan penutup tong minyak enjin. Penutup sebelah kiri adalah original ( tulen ) dan penutup sebelah kanan adalah tiruan. Penutup tong minyak enjin tulen permukaan penutup agak kasar sedikit berbanding dengan penutup minyak enjin tiruan.



2. Sticker hologram sebelah kiri adalah tiruan dan sebelah kanan adalah tulen. hologram tiruan kelihatan pecah dari segi warnanya.



3. Sticker pelekat rujukan servis tiruan sebelah kiri dan yang tulen sebelah kanan. Sticker pelekat rujukan palsu, ianya udah terkoyak jika ditanggalkan berbanding dengan yang tulen.



4. Cara mengesan minyak enjin itu sama ada tulen atau tiruan. Anda boleh lihat pada tilisan sticker tong miyak.  Minyak enjin tiruan, perhatikan tulisan agak kecil dan kurang jelas.




5. Bagi sticker minyak enjin tulen pula, tulisan kelhatan besar dan jelas



Semoga perkongsian ini dapat membantu ramai pengguna kenderaan dan jangan lupa untuk share ilmu ini kepada yang lain agar tidak tertipu bagi kebaikan kita bersama.



Comments

Popular posts from this blog

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3